Assalamualaikum...
Bila kita daripada kecil diajar kenal agama, kadang-kadang rasa kita dah faham benar agama. Aku bersyukur sangat di atas nikmat kefahaman yang Tuhan anugerahkan pada aku melalui seseorang. Setiap yang berlaku dalam hidup ni pasti ada hikmahNya yang kita sendiri pun tak terfikir.
Dulu apa yang aku faham agama ni sesuatu yang bila kita fikir benda tu baik, maka itulah agama. Contohnya macam baca yassin malam jumaat. Benda tu memang baik tapi kita pun tak tau sebenarnya sebab dalam mana-mana hadis takde satu pun yang menyatakan kelebihan baca yassin malam jumaat. Tapi orang sekarang dah anggap itu sebagai perkara wajib. Benda tu tak salah tapi yang menghairankan timbul hadis yang menyatakan kelebihan yang akan dapat bila baca yassin malam jumaat.
Sekarang baru aku belajar yang sekarang banyak hadis-hadis palsu yang tersebar dalam masyarakat yang mana hadis palsu sangat bahaya. Bila kita baca yassin dengan mengharapkan pahala yang terdapat dalam hadis palsu, maka kita salah. Pahala tu milik Tuhan sepenuhnya, kita hanya berusaha untuk mendapat ganjaran yang terbaik.
Benda ni sebenarnya basic tapi tak terfikir. Ada satu hadis yang diriwayatkan, tentang pesanan Nabi pada umat islam, jangan tinggalkan dua perkara ni, kalau kita terus berpegang dengannya, nescaya kita tidak akan sesat: al-Quran dan sunnahnya.
Apa itu sunnah?
Kadang-kadang kita hanya terima apa yang disampaikan tanpa selidik terlebih dahulu apakah yang disampaikan itu benar-benar ada di dalam kitab hadis. Bagi aku, ini adalah kelemahan umat islam sekarang. Suka terima bulat-bulat tanpa selidik.
Nilaian sesuatu benda itu baik bukanlah daripada akal manusia tapi berdasarkan apa yang telah diwahyukan kepada Nabi s.a.w. Sebab tu Nabi diutuskan. Supaya setiap apa yang kita lakukan tu tidak sia-sia. Menuntut ilmu bagi setiap orang islam itu wajib bagiku untuk zaman yang terlalu banyak fitnah sekarang.
Selamat Menuntut Ilmu
No comments:
Post a Comment