Tuesday, 3 February 2015

Amalkan Pemakanan Sihat

Assalamualaikum...

Hari ni tiba-tiba nak berkongsi sedikit amalan pemakanan.
Aku jenis yang tak jaga sangat bab makan ni. Kadang-kadang bukan tak nak makan tapi lauk yang dimasak tu tak nampak sedap. Tiba-tiba tergerak hati nak tulis ni sebab rasa macam ada masalah dengan jantung. Aku suka minum air sejuk lepas makan, bukan setakat minum air sejuk, dengan ais skali aku makan, macam makan kropok. Bile ade duit lebih sikit, beli cool blog, tak pun coconut shake.

Semalam buka facebook, nampak orang post bahaya minum air sejuk.
Lepas makan nasi tak boleh minum air sejuk sebab nanti lemak yang masuk dalam badan tu akan bertukar menjadi bentuk pepejal dan membentuk satu lapisan dalam darah. Bila lapisan tu semakin menebal, maka akan semakin sukar lah untuk pernafasan dan akan memberi kesan kepada jantung.

Antara tanda-tanda jantung bermasalah:
1. Cepat berpeluh
2. Tiba-tiba rasa sakit dada
3. Cepat semput

Semua tanda-tanda ni aku ada, takut pulak. Dah la ada dalam artikel tu tambah lagi, pesakit mungkin tak sedar penyakit ni datang. Adakala bole menyerang semasa tidur, sampai boleh menyebabkan kematian semasa tidur.

Seram je baca. Kurangkan amalan minum air sejuk selepas makan ok. Sekarang rasa macam da serik nak minum air sejuk. Tapi kadang-kadang degil, biasala tu....Banyakkan minum air suam dan air panas, supaya proses penghadaman lebih cepat berlaku. Sekian untuk hari ini hehe




No comments:

Post a Comment