Episod kali ni nak bercerita pasal dua orang adik lelakiku yang paling dikasihi. Sebab dua orang ni la setia di rumah, sorang baru habis persijilan, kerja di hospital dekat rumah, sorang lagi sedang menunggu keputusan Sijil Tinggi Agama Menegah (STAM).
Tapi yang sedang menuggu keputusan ni, baru je dapat keputusannya. Dia bukanlah cerdik, gagal dua subjek. Keluarga pun bukan dari kalangan orang yang cerdik. Sebelum dia dapat result, aku ade call rumah. Dapat cakap dengan dia, dia semangat cerita dengan aku yang die nak masuk universiti. Siap tanya lagi dekat u aku ni ade tak subjek yang die nak ambik. Ton suara dia aku tak dapat lupa, pertama kali dengar dia sangat gembira.
Tapi bile result dah keluar, aku dapat rasa betapa hatinya kecewa. Tapi, kalau dia masuk u pun aku sangat risau. Bila aku pandang dia, aku dapat lihat hati dia yang bersih. Jujur. Rasa macam hati dia putih. Kalau dia masuk u, jumpa pelbagai ragam jenis manusia, aku jadi takut. Takut dia tak dapat tahan sebab aku pun tak tahan. Aku tak tau sama ada aku bersyukur atau aku sedih die tak dapat masuk u.
Dia kata tadi mak suruh sambung jugak di Institut Kemahiran Mara (IKM), ambik kemahiran. Die nak ambik elektronik. Adik aku yang sorang lagi pun sambung jugak di tempat yang sama. Mintak-mintak diorang ni boleh survive la. Tapi lambat lagi diorang pergi, nasib baik time tu aku pun da habis blaja. Jadi, mak aku tak sorang-sorang la, ade aku teman hehe
Yang pasti, di mana Allah letakkan kita, pasti ada hikmah yang kita sendiri tak mampu nak singkap termasuk aku.
p/s: Always be Positive
No comments:
Post a Comment