Assalamualaikum....
Semalam aku yang start tegur kawan kat wasap. Dah lame tak jumpa diorang. Topik yang memang tak kan terlepas ialah pasal kahwin. Dua orang kawan aku, mak diorang dah tanye pasal kahwin. Yang sorang tu, mak dia cakap, kalau tak de, mak dia nak tolong carikan. Lucu je dengar diorang berceloteh.
Ade sorang kawan aku ni, dia ade join jemaah kampus. Housemate dia kate dia dah ade calon. Tapi aku tak hairan sangat tak de takde ribut nak kawen sebab kalau dah join jemaah, kalau nak kawen, mereka ni ada satu badan dinamakan baitul muslim. Platform untuk mencari pasangan.
Aku pun ada jugak tengok-tengok persatuan cari-cari jodoh ni, tapi setiap kali buka macam takde perasaan. Kadang-kadang nak tergelak pun ada, banyak rupanya persatuan mencari jodoh kat Malaysia ni. Antaranya Taaruf Cari Jodoh Malaysia, Baitul Muslim, Malaysia Cupid dan banyak lagi la. Rase nak isi borang pun ade tapi takut plak. Nervous pun ade.
Jadi, aku mengambil keputusan untuk tak mahu memikirkan pasal jodoh lagi setakat ni atas sebab-sebab tertentu. Bak kata mak aku, kalau jodoh dah sampai, maka kahwin la, kalau belum nak buat macam mane. Aku ingat nak tunggu akak aku kahwin dulu. Lepas tu, baru aku boleh benarkan diri aku untuk kahwin.
Ayat di atas, aku setuju jugak tapi aku takde la sekejam tu hehe
No comments:
Post a Comment