Semalam aku pergi menonton forum 'Bicara Hati Bidadari'. Ahli panelnya Ustazah Asni dan Wardina Safiyah. Sangat menarik. Aku duduk di barisan depan skali.
Apa yang menariknya ialah yang pertama mereka membicarakan mengenai kenapa wanita kurang bersuara. Kerana pemikiran kita telah disogokkan perempuan tidak boleh melawan kata lelaki kerana mereka adalah pemimpin kita. Jadi, semua arahan mereka mesti dipatuhi. No, that's not the way that Islam teach us. Islam sangat mengambil berat tentang kebajikan wanita. Pada zaman Rasulullah, wanita yang paling banyak bertanya soalan dengan Rasulullah ialah wanita daripada golongan Ansar, kerana itu baginda menyukai wanita golongan Ansar.
Dalam satu konferens yang diadakan di Malaysia, he, Dr. Akram Nadwi, aku lupe la sape, die mengkaji tentang periwayat-periwayat hadis. Tidak ada seorang pun periwayat hadis wanita yang mengeluarkan hadis palsu, semuanya meriwayatkan hadis-hadis sahih. Yang paling ramai meriwayatkan hadis palsu adalah daripada golongan lelaki. Ini menunjukkan wanita tidak terlalu lemah dari segi daya ingatan.
Beliau juga mengkaji bilangan para periwayat hadis wanita. Semuanya berjumlah 8 ribu orang dan kebanyakan wanita ini mengajarkan ilmu hadis kepada golongan lelaki. Ini menunjukkan dalam Islam wanita tidak boleh terkecuali daripada menuntut ilmu Allah dan mengajarkan kepada orang ramai. Begitu hebat wanita-wanita di zaman Rasulullah.
Dalam masalah rumahtangga juga, wanita ada diberikan hak untuk menyuarakan pendapat bagi sesuatu masalah. Wanita juga ada kuasa untuk talak. Begitu banyak yang Islam tetapkan kelebihan bagi wanita tetapi tidak ramai yang tahu.
Di saat maruah wanita di zaman jahiliyah dipijak-pijak, Islam datang bagi menyeimbangkan tugas lelaki dan wanita. Di zaman jahiliyah, bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dianggap membawa malang kepada keluarga. Yang lelaki sangat berkuasa, tetapi apabila mahu melepaskan hawa nafsunya, mula mencari wanita. Aku membayangkan wanita di zaman itu hidup di dalam ketakutan. Tidak dapat aku bayangkan jika aku berada di zaman itu, sangat menyedihkan.
Islam datang membawa tugas yang satu untuk hamba Allah. Satu tugas yang dipikul oleh kedua-dua pihak baik lelaki mahupun perempuan. 'Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaKu.'(Surah Adz-Zariyat:56). Ini tugas utama kita, ingat!!
No comments:
Post a Comment