Monday, 9 April 2012

APA ITU ISLAM

Ramai umat Islam sekarang yang salah tafsir maksud perkataan Islam. Fahaman mereka sama seperti fahaman barat iaitu agama hanya perlu diamalkan di masjid sedangkan Islam itu agama yang mengajar semua perkara. Islam itu adalah satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan sedangkan  agama lain, agama hanyalah amalan kerohanian sahaja. Banyak revolusi-revolusi dunia yang berlaku adalah kerana kegagalan agama kristian memasukkan agama dalam kehidupan kerana bagi mereka agama hanya di rumah ibadat.

Islam mengajar daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Daripada bab membersihkan diri sehingga ke pemerintahan sebuah negara. Ia bukan hanya utuk orang Arab tapi merangkumi seluruh umat manusia. Islam itu patuh, taat dan menyerah diri yang mana ia lahir dengan kesedaran dan bukan dengan paksaan sebab penyerahan yang tanpa paksaan itu tiada perhitungan dosa dan pahala.

Allah berfirman,
'Apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah sedangkan segala yang ada di langit dan di bumi menyerahkan diri kepadaNya, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan'.   (Surah Ali Imran:83)

Siapa kita untuk tidak mematuhi ajaranNya. Para ulama banyak yang menulis buku-buku supaya umat Islam dapat memahami Islam dengan sebenar-benarnya. Contohnya, Ustaz Fathi Yakan yamg menulis kitab 'Apa ertinya saya menganut Islam?'. Buku telah banyak diterjemah kepada pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu. Penting untuk kita mengetahui Islam secara mendalam supaya hidup kita tetap berada di atas landasan yang betul.

No comments:

Post a Comment