Tuesday, 27 January 2015

Face The Problems

Face the problems...

A
Aku rase ini satu perkataan yang memberikn banyak aura positif dalam diri. Hari ni hari terakhir aku bekerja di pejabat kolej. Disebabkan sebelum ni dah banyak cuti yang aku minta daripada bos, jadi bila nak minta berhenti jadi sangat nervous.

But, I always say to myself if i am not facing it, i will not know what is going to happen next. Then, petang tu jumpa, tapi tak tau nak start cakap macam mane. Mujur ade kawanku yang dah lame kerja situ tolong start kan. Ini perbualan aku dan bos:

Bos: Nak berhenti keje?
Aku: Eh, macam mane bos tau?
Bos: Bukan awak ade update kat facebook? kat grup upm?

Masa ni memang nak gelak, tapi buat-buat cool....

Aku: Oo...lupe pulak saya ade update (padahal facebook pun aku tak bukak pasal laptop rosak)
Bos: Kenapa nak berhenti?

Aku pun cerita la A to Z. Bos aku memang baik, sangat baik. Siap bagi aku bilik free sampai buka semester.

B
Aku pergi jumpa lecturer. Takut nak jumpa sebab aku rase macam dia nak cakap something tapi aku tak tau ape. Lagipun, aku tak bagi tau yang aku kerja. Tapi, masa dia panggil aku nak jumpa tu, dia tanya, 'awak kerja?' Aku pun mengaku je la. Rasanya dia nak marah tapi lecturer aku ni dia special, sangat pandai kawal marah.

Antara perbualan kami:

Sv: Kenapa awak kerja?
Aku: Sebab nanti semester depan tak de la banyak nak minta duit dengan parents.
Sv: Saya nak awak berhenti kerja dan fokus dengan final year project.
Aku: Ok, Dr. (dengan muka kesian)
Sv: Ok la, saya ambil awak kerja jadi student yang kerja bawah saya.
Aku: (Tergamam) Ok dr

Baik nya lecturer, sepatutnya tak perlu pun takpe, bukannya aku tak berduit sangat, kalau aku minta dengan parents dapat je. Mungkin sebab dia tau kisah masa lalu aku, itu yang dia boleh bagi. Whatever it is, face the problems, ok

Sunday, 25 January 2015

Cinta

Cinta
Kadang membuat manusia bersemangat
Kadang buat manusia jadi berbunga hati
Kadang bisa membuat manusia itu lupa dirinya
Kadang membuat manusia hilang arah

Tika cinta itu datang
Ia mekar bagai akan hidup selamanya

Tapi lumrah kehidupan
Sering terjadi yang tidak diinginkan
Mengapa?

Sungguh
Sukar untuk diterima
Pahit untuk ditelan
Sakit seperti ditusuk
Air mata yang tak berhenti mengalir

Hebat rasa cinta yang diciptakanNya
Cinta manusia jika berlebihan akan rasa binasanya
Carilah cintaNya
Yang bakal terus mekar jika dibaja
Dengan ketaatan dan kesabaran

Maaf Allah





Putus Asa??

Assalamualaikum....setiap manusia pasti akan ada saat yang paling sukar dalam hidup.....masalah demi masalah yang datang sehingga akhirnya menyebabkan seseorang itu putus asa

Saat kita jauh dari Tuhan, saat itulah kita akan diuji apakah dengan ujianNya ini kita akan semakin mendekatkan diri kepadaNya atau lebih jauh tersasar dari jalanNya.

Tiada satu pun bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. 
[Surah al Hadid : 22-23].

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. 
[Surah al Baqarah : 45].


 

Saturday, 24 January 2015

Islam itu asing

Assalamualaikum....

Dah lame tak update blog....aku dapat satu hadis yang ssekarang baru ku nampak betapa hadis ini benar....


Aku melihat Islam itu benar-benar asing dalam masyarakat hari ini. Semoga kita semua akan selalu diberi hidayah olehNya


Sunday, 24 November 2013

Curahan minda

Actually, tak tau nak tulis pasal ape, tapi nak tulis jugak. Tadi pergi makan dengan kawan, lepas tu pergi shopping sekejap. Untung gak sem ni dapat rumate ade bawak kereta. Rumateaku suke bercerita, aku pulak suka dengar je. Die slalu cite pasal fyp nye,kadang suruh aku pikir skali, aku ni malas skit nak pikir melainkan kalau aku betul-betul nak pikir. 

Sekarang rase lebih sunyi. Bese tengok henset, kot2 ade msg dr seseorang, tapi sekarang tak de sape da yang nak mesej. Menguji betol. Tu yang asyik tulis kat sini je. kejenye banyak tapi kejap lagi....hehe....jangan tiru perangai ini di rumah.

Hari selasa ni ade test, tapi tak stadi lagi, dah la esok dua orang kawan aku suruh ajar, macam pandai je, tapi aku ok la result daripada diorang hehe....angkat bakul sendiri la.... kat kursus kahwin, aku dapat sorang kawan, die duk kat serumpun, katenye familiar muke aku ni (femes rupenye), tapi lupe plak nak ambik no die. Pastu, aku kenal sorang lagi kawan kat situ, satu kelas bi, laki2.....igt nak ngorat, tapi die tu baik sgt, aku ni jahat. tak sesuai pon.

Kita tak dapat menjangka apa yang Allah tentukan untuk diri kita. Kita sangkakan hujan, rupanya cerah, kadang-ladang kita sangka cerah, rupanya hujan pulak, tapi sebenarnya hujan yang diberi itu sebenarnya Allah nak bagi kita pelangi yang cantik. Sungguh indah aturan Allah, takkan tercapai dek akal manusia yang terlampau cetek.

Saturday, 23 November 2013

Semoga terus diberikan kekuatan....Jangan beri aku melakukan kesilapan kali kedua, kerana itu akan menyakitkan......sedang menahan hati

Perkahwinan

Hari ni pergi kursus kahwin....banyak dapat input walaupun asyik gelak je duk kat dalam dewan tu
Dalam perkahwinan banyak benda yang perlu dipelajari, daripada aqidah, nikah sampai kepada mendidik anak. Bukan senang nak didik anak ni, nak2 anak perempuan macam aku he

Tadi, ustaz kate orang lelaki wajib belajar ilmu haid, nanti boleh ajar bini kalau bini tak tau, kalau tak mampu, wajib die sediakan satu orang guru yang boleh mengajar, kalau tak mampu jugak, kene hantar isteri pergi belajar ilmu tu, kalau tak mampu jugak, isteri boleh tak minta izin suami untuk keluar pergi mencari ilmu, tapi.....isteri hanya boleh keluar pergi menuntut ilmu, tak boleh melencong ke tempat lain walaupun sekejap, kalau nak kene bagitau suami.

Macam tak percaya je tengah dengar kursus kahwin, rase macam pergi kuliah agama je....tajuk yang pertama pasal aqidah dan ibadah. pentingnya aqidah dalam sesebuah institusi keluarga....Tadi, ustaz kate 80% pasangan yang bercerai adalah daripada kalangan pasangan yang tak mendirikan solat. Daripada situ dah boleh nampak, ibadah pun memainkan peranan penting untuk kekalkan perkahwinan. 

Aku sangat berbangga punya umi dengan baba. Terima kasih kerana kenalkan aku dengan cinta Allah. Cinta yang takkan ade perasaan kecewa, sedih, muram. Cinta yang membuatkan manusia sentiasa positif. Aku kagum dengan cara didikan umi dengan baba. Didikan yang tulus, membuatkan aku sentiasa tersentuh. 

Yang pasti aku taknak kawen lagi buat masa sekarang....salam