Saturday, 23 November 2013

Perkahwinan

Hari ni pergi kursus kahwin....banyak dapat input walaupun asyik gelak je duk kat dalam dewan tu
Dalam perkahwinan banyak benda yang perlu dipelajari, daripada aqidah, nikah sampai kepada mendidik anak. Bukan senang nak didik anak ni, nak2 anak perempuan macam aku he

Tadi, ustaz kate orang lelaki wajib belajar ilmu haid, nanti boleh ajar bini kalau bini tak tau, kalau tak mampu, wajib die sediakan satu orang guru yang boleh mengajar, kalau tak mampu jugak, kene hantar isteri pergi belajar ilmu tu, kalau tak mampu jugak, isteri boleh tak minta izin suami untuk keluar pergi mencari ilmu, tapi.....isteri hanya boleh keluar pergi menuntut ilmu, tak boleh melencong ke tempat lain walaupun sekejap, kalau nak kene bagitau suami.

Macam tak percaya je tengah dengar kursus kahwin, rase macam pergi kuliah agama je....tajuk yang pertama pasal aqidah dan ibadah. pentingnya aqidah dalam sesebuah institusi keluarga....Tadi, ustaz kate 80% pasangan yang bercerai adalah daripada kalangan pasangan yang tak mendirikan solat. Daripada situ dah boleh nampak, ibadah pun memainkan peranan penting untuk kekalkan perkahwinan. 

Aku sangat berbangga punya umi dengan baba. Terima kasih kerana kenalkan aku dengan cinta Allah. Cinta yang takkan ade perasaan kecewa, sedih, muram. Cinta yang membuatkan manusia sentiasa positif. Aku kagum dengan cara didikan umi dengan baba. Didikan yang tulus, membuatkan aku sentiasa tersentuh. 

Yang pasti aku taknak kawen lagi buat masa sekarang....salam






No comments:

Post a Comment