Pedihnya bila sedih pendam sendiri,
Aku tak tahu mana silapnya,
Mereka terus jauh
Aku rasa terpinggir
Aku ingin lari mencari haluan sendiri
Daripada terus memendam rasa
Aku ingin menjerit sekuat-kuatnya
Namun
Aku tak mampu
Aku tak mahu ada orang yang mendengar
Daripada ada hati lain yang terluka
Baik aku berdiam
Diam
Terus diam
Wednesday, 2 December 2015
Friday, 27 November 2015
LARI DARI RUMAH
Sebab nak lari dari rumah
1. Aku ni dah 5 bulan duk rumah, xkeje lagi.....sebab aku tak mencari pun lagi. Mak aku yang cakap duduk rumah lama sikit. So, aku jadi malas nak cari lagi. Tapi, sebenarnya ade jugak try mintak. Belum ade rezeki lagi. Hari tu, ayah aku cakap nak mintak tolong jiran bagi kerja kt aku. Jiran aku tu, hari tu dia tolong aku dapatkan pinjaman belajar. Jadi, aku sebenarnya tak nak la nak mintak tolong dah. Bukannya aku bila jumpa nak tegur pun jiran aku tu. Segan pulak. Sebab tu aku nak lari dari rumah.....
2. Aku takde lesen kereta lagi, ingatkan nak kumpul gaji baru ambik lesen. Tapi, keje pon belum, alamatnya sampai ke tua tak ambik lesen gamaknye. Ayah aku kate guna duit die ambik lesen. Serba salah sebenarnya, tapi ambik je. Itulah sebabnye, terasa macam menyusahkan walaupun tau ayah aku tu banyak duit
3. Yang ni pasal akak aku, die join ape ntah tapi kita kene buka akaun dalam usd. Die kate dah kawen nanti, nak duk rumah, duit datang kt die. Aku tak heran pon. Mak ayah aku dah melabur, buka akaun usd tu. Kira macam MLM jugak kot tapi aku malas nak ambik tau. Tibe-tibe, cakap dengan mak aku je nak buka akaun tiga beradik aku ni, guna emas yang mak aku simpan. Duit tu bahagi tiga, buka akaun aku dengan dua orang adik lagi. Aku ni nak marah pun ade, tanya la aku dulu kok ye pun. Aku rasa macam aku tak mampu nak merancang untuk diri sendiri. Dah la guna duit mak aku nak buka akaun. Langsung tak tanye aku nak buka akaun tak, buat aku macam tak pandai nak buat keputusan sendiri. Aku memang tak akan guna duit tu. Sebab tu aku nak lari dari rumah.
Tapi, aku marah macam mana pun, aku tak keluarkan, aku pergi duk sorang-sorang. Malas nak bergaul dengan orang. Semua jadi malas. Yang penting, Aku nak lari dari rumah!!!!!!
Sekian
Monday, 9 November 2015
Tuesday, 24 March 2015
Beza Manusia
Assalamualaikum
Gaya pemkiran manusia ni berbeza-beza mengikut apa yang dilalui sepanjang hidup. Di tempat aku belajar ni, aku ade kenal dua orang pak cik, sorang pemandu bas dan sorang lagi pensyarah.
Pakcik yang pertama ni pak cik pemandu bas. Satu hari, aku naik bas yang dia bawa, aku tegur sekali je pasal dah makan belom, lepas tu die cerita pasal handphone yang dia baru beli. Aku dengar je la, then dia suruh aku tengok-tengok phone die pasal dia tak reti sangat. Aku try tengok, bagi tau apa yang perlu tekan sume. Masa dia bawa bas tu, budak-budak naik panggil dia pak cik. Lepas tu, dia tanya aku, dia tu tua sangat ke... Then, aku yang nak ambik hati ni cakap la, 'Pakcik, sebenarnya diorang panggil encik bukan pakcik. Pakcik salah dengar tu.' Pelik aku pakcik tu, die bagi tau umur die da 40 lebih. Bagi aku memang patut pun panggil pakcik. Lepas tu, ade dia nak bawak aku jalan-jalan naik bas, tapi malam katanya sebab dia kerja. Lepas-lepas tu aku dah tak naik da bas dia. Takut haha
Pakcik yang kedua ni, seorang pensyarah. Umur dia aku agak dalam 40 lebih jugak same macam pakcik yang pertama tadi. Masa tu aku nak pergi fakulti, terserempak dengan dia. Then, aku tegur la. Tanye 'ape kabar Dr?' Dr jawab 'Biasa la sihat orang tua.' Aku agak terkejut dengan jawapannya yang bagi aku sangat humble bagi seorang pensyarah. Borak dengan dia, tanya tempat tinggal, rupa-rupanya orang kampung aku haha. Tak sangka betul.
Semakin banyak kita menimba ilmu, kita akan terasa diri begitu kerdil macam pensyarah. Dia bukan sebarang pensyarah, timbalan dekan di fakulti aku. Baik, sopan, hensome pun ye jugak la. Awet muda gitu. Tapi, yang lagi sorang tu, mase dia minta aku tunjuk nak guna phone dia, dia tengok movie. Masa lapangnye tengok movie. Kesimpulan........fikir-fikirkan
Monday, 16 February 2015
B
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kuat la sikit. Jangan jadi lembik.....
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kuat la sikit. Jangan jadi lembik.....
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Thursday, 12 February 2015
Pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Assalamualaikum....
Innalillahi wainna ilaihi roji'un. Perginya seorang pejuang sunnah yang disegani. Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun tidak pernah bersua muka tetapi auranya tetap boleh dirasa. Perjuangannya, pengorbanannya, ilmunya, sabarnya. Sebab daripada kecil aku sudah mendengar kehebatan beliau dalam mentadbir negeri Kelantan.
Walaupun hanya boleh melihat dari jauh, tapi rasa sedih yang teramat sangat. Aku lebih memikirkan apa nasib Pas selepas ini. Aku tak kata Pas akan lebih lemah selepas pemergiannya tapi aku sedih sebab bagi aku pengikutnya dalam parti politik hanya bersatu dengannya dalam perjuangan politik tapi bukan dalam cara memahami agama.
Jangan cakap aku taksub pulak hehe....ini bukan taksub tapi nak bg antara wasiat beliau semasa beliau hidup.
p/s: Selamat beramal
Ibu Bapa
Assalamualaikum.....
Hari ni seharian di library, tapi bukan nak cerita pasal hari ni tapi hari semalam. Semalam aku seharian di makmal. Di makmal, tengah hari tu akak phd merangkap co-supervisor aku datang. Dia ni dah kahwin, ada 3 orang anak. Akak ni suke bercerita.
Hari tu, mula-mula dia bercerita pasal kawan dia. Kawan dia ni masa zaman belajar dulu tak de boyfren. Tapi, ada sorang makcik die, sedara jauh berkenan dengan dia ni. Nak jodohkan dengan anak lelakinya. Tapi, ada akak tu kate laki tu kate pada kawan dia yang dia dah ade girlfriend, tapi terpaksa putuskan sebab mak dia suruh kahwin dengan pilihan maknya.
Dalam dua tahun diorang kapel, kawan akak cite yang laki tu 'rupalistik'. First time dengar perkataan ni hehe. Suka makan kat restoran, jaga penampilan sume la. Then, ada sekali tu, laki suruh kawan akak tu ubah penampilan. Dia tak nak la. Suke-suke je nak suruh orang ubah penampilan. Nak lebih bergaya la ape la. Last-last akak tu minta putus, tak lama lepas tu tengok laki tu da kawen dengan girlfriend die tu. Macam sengaja nak cari salah kawan die untuk pergi balik kat girlfriend die. Ape la laki zaman sekarang ni.
Akak tu nasihatkan aku, laki jangan percaya sangat. Tak faham aku dengan laki ni, kalau tak suka cakap je la. Tibe-tibe aku teringat dengan seseorang ni, aku tak sangka yang akhirnya akan jadi macam ni. Sakit. Tapi, aku kena positifkan minda.
Lagi satu, akak tu cerita pasal anak. Zaman sekarang anak-anak manja hehe. Rasanya termasuk aku la tu. Die kate risau nak anak lagi sebab tak tau boleh jaga tak. Yang ade ni pun dah pening kepala. Ada satu kali, dia cerita dia suruh anak dia hafal doa qunut, salu bace dengan anak dia. Sampai anak dia dah hafal da. Then, anak die cite, masa pergi skola, cikgu suruh angkat tangan siapa yang hafal doa qunut. Anak dia angkat tangan, anak dia sorang je yang hafal.Aku tengok muka akak suke sangat bile cerita, anak dia peluk dia.
Lepas tu, ade lagi satu cerita, die suruh anak die yang sulung ni gosok baju, tapi kenapa ntah sampai anak die tu gosok baju sambil menangis. Dia kate dia sedih tengok anak dia sedih tapi dia kena tahan sebab dia nak tengok anak dia kuat. Tapi sebelum tidur, dia cakap dengan anak dia.
'Adik kena ingat nanti dah besar, semua kena buat sendiri. Tak semua orang akan tolong kita. You have to remember that the only that really loves u is your parents. They will love u unconditionally'.
Bila aku dengar perkataan unconditionally tu, rasa macam nak nangis tibe-tibe. Perkataan daripada seorang ibu. Betapa mak dan ayah sayang kita walaupun kita tak punya kelebihan. Tapi, manusia lain kebiasaannya sayang orang yang hanya memberi manfaat kepada diri mereka.
p/s: Sayangi ibu bapa anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)






